Saturday, September 27, 2008

Ari ni berbuka di Tualang Sekah la pulak...


salam suma.. ari ni kita orang bbuka di tualang sekah .. my hometown la tu... sebelum tu g pasar
ramadhan di kampar.. masih meriah... beli yong tau fu... beli popia yg terpopular di kampar zol`s popia.. bapak azmeer ( baju kunin ) azmeer tu anak dia... pas tu beli laksa pak ghapor... laksa best d kampar ... tapi ari ni ajis anak dia yg jaga gerai... nih pula masa tunggu kerantong
berbunyi masing2 lepak2....



budak2 seronok main ngan pak alang dia Nizam Postman Pat...
tu dia juadah kami... banyak sihhh... sapa mau makan nih..

Friday, September 26, 2008

Smart Kids... Macam penah dengar jer..

Budak bijak


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah
seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa
sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak
saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya
berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara
Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada
pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan
jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan
baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada
Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR
dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua
memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada
di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya
sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar
lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus
menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara
duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat
hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah
saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk
saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh
Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan
masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of
heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get
it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men
than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife
after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of
veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan
oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya;
jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda pon SAMA spesies dengan
pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe!

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA



Kami sekeluarga mengambil kesempatan sempena Hari Raya Aidilfitri 1429 ini
mengucapkan selamat Hari Raya dan Maaf zahir Batin Jika ada sebarang kesalahan sama ada
secara sengaja atau pun tidak sengaja
kepada semua sahabat handai , rakan taulan, kenalan yang dikenali dan tidak dikenali
saudara mara, ibu bapa dan keluarga sama ada yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia

sekian terima kasih

Thursday, September 25, 2008

Panduan Beli Laptop dari - waidakmy.com/

Memandangkan ada yang bertanya laptop bagaimana patut dibeli, jadi saya tuliskan post ini untuk anda :)

Pertamanya, saya tak akan terus sebut jenama apa yang patut anda beli untuk bajet sekian2. Saya hanya boleh beri pandangan saja (lainlah kalau anda tanya apa jenama pilihan saya :P ) dan terpulang pada anda untuk membuat kata putus sendiri. Saya bagi pendapat. Anda fikir dan ambil kata putus :)

Bagi saya, beli laptop ni sama saja macam beli baju. Tak boleh main beli saja bukan? Pasti kerana anda suka ciri2 yang ada pada baju tu sebelum setuju beli. Mungkin pada saiznya, warnanya, atau materialnya. Lain orang, lain ciri2 yang dipentingkan. Ada yang memilih kualiti material, ada yang tidak. Jadi, bergantung pada taste masing2.

Sama juga dengan laptop. Anda perlu tetapkan apa ciri2 yang dipentingkan pada sesebuah laptop tu. Baru anda survey dan bandingkan dengan bajet yang anda ada.

Antara ciri2 yang selalunya diambil perhatian:-

Kos/Bajet

Ini selalu jadi ciri utama dalam membeli laptop. Sedangkan, ia perlu gerak seiring dengan ciri2 lain. Jika anda inginkan laptop yang tiptop tapi murah, tak mungkin bukan?

Kegunaan

Fikirkan anda guna laptop ini untuk apa. Lain spesifikasi laptop untuk kegunaan berbeza. Katakan, anda hanya guna laptop untuk kegunaan menaip, lihat movie atau guna program2 yang mudah, cukup dengan beli laptop yang ada spesifikasi biasa. Lainlah, jika anda gunakannya untuk edit grafik, animasi 3D atau seumpamanya, anda perlukan RAM berkuasa tinggi.

Berat dan Saiz

Jika anda orang yang selalu bergerak ke mana2, jadi anda perlukan laptop yang ringan. Jadi carilah yang bersaiz kecil (skrin 12″ ke?) Walaupun umumnya laptop memang portable, tapi jika ianya berat, tentu menyusahkan anda untuk mengangkutnya ke mana2 saja. Boleh cuba deal untuk bateri spare hehe, jika memang selalu travel.

Tempoh Penggunaan

Katakan anda selalu on laptop 24 jam, anda perlukan laptop yang tahan lasak (dalam kes macam ni, anda lebih perlukan desktop dari laptop :P ) Jadi, cari yang sedikit mahal atau branded (seperti Fujitsu). Untuk pengetahuan anda, laptop tak boleh dibuka selama2 mana yang anda suka. Ia perlu direhatkan setelah 4 ke 5 jam dibuka jika mahu tahan lama.

Servis selepas jualan

Jika anda seorang yang sangat sibuk untuk hantar laptop yang rosak ke pusat servis yang jauh, pergi lah membeli di kedai komputer berhampiran. Kalau laptop tu rosak, telefon atau hantar saja ke kedai terbabit. Tak perlu la susah payah macam saya ni. Kedai tu yang akan bertanggungjawab hantar ke pusat servis. Anda hanya perlu relaks saja dan tunggu bil datang heh

Rupa Kosmetik

Rupa paras laptop. Ada yang pentingkan ciri2 ni :P Jujurnya, saya tak kisah pun tentang ini. Janji best untuk digunakan :D

Begitulah lebih kurang ciri2 yang selalu diberi perhatian. Ada macam2 lagi ciri yang boleh difikirkan.

Konklusinya, fikir apa yang anda mahukan pada laptop tu. Senaraikan ciri2 tu ikut kepentingan seperti “wajib ada“, “ada atau tak sama je” dan “tak penting“. Baru lah anda mulakan survey untuk semua brand laptop. Kemudian, bandingkan dengan ciri yang anda ada. Pastikan ciri “wajib ada” tu dipenuhi oleh semua brand yang anda telah pilih. Kemudian, bandingkan harga :)

Ingat! Membeli laptop tu bukan pada brand-nya saja…

price list terbaru hardware pc/laptop


price list pakej set pc



Tuesday, September 23, 2008

Cerita Raya- balik Kampung mana? You ker i ?....


Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang
rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.
Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa
selepas bersahor sementara menunggu waktu solat subuh ibu akan
memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4
orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak
lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam
dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami
walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan
ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.


Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih
lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan
rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu
kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong
siapa pada hari raya pertama. Betul tak??????


Ateh & Acik : Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........


Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim,
rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah
yang akan kamu tuju dulu?


Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....sebab dekat


Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke
sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami
kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya
yang keberapa sekalipun.


Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak
ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam
menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara
kami adik-beradik dialah yang paling dalam
pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).


Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena
gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkang
pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)


Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu
bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat
nanti...taatlah pada suami dan mentua ........


Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emakbapak.


Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah.......setiap anak-anak
perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya
akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara
lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua
perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut
ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak
akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu
juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah
macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.


Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim
piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak
masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya
puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada
hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).


Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua
hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu
terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu
pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual
dengan abang ipar...


Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?


Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru
balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).


Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?


Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.


Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?


Abang ipar : Mereka tiada halangan.


(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan
jerlah Acik nak beraya di sini)


Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang
ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan
ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di
sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan
cucu-cucu ibu ke sini.


Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja
tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu
dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga
kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu
amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu
dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah
menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah
ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong
kerja-kerja rumah yang lain....(tak boleh cerita panjang.........dah
masuk bab mengumpat lak.......).


Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa
seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah
apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak
mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami
sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah
seorang menantu yang disenangi.


Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah
aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri
yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku
dulu???????? Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke
jalan yang engkau redhai.....Aminnn

Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak
lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu)
menemui ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak
derhaka...

Nak Cari Lagu-lagu raya... cuba cari di sini.

(melayu)_quran - takbir raya.mp3
Ahmad Jais - Selamat Hari Raya.mp3
ahmad jais - selamat hari raya.mp3
Aishah - Pulanglah.mp3
Aishah - Setitis Cahaya di Aidilfitri.mp3
Aman Shah - Kepulangan Anakmu.mp3
Amy Mastura - Bersama Di Hari Raya.mp3
Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya.mp3
anuar zain & elina - suasana di hari raya-anuar zain & elina.mp3
Aritis SRC - Nikmat Hari Raya.mp3
Asha Malik - Pulang Di Hari Raya.mp3
black dog bone - cahaya aidil fitri.mp3
Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri.mp3
Cenderawasih - Bersama Di Hari Raya.mp3
D.J. Dave - Menjelang Hari Raya.mp3
DJ Dave - Menjelang Hari Raya.mp3
fazidah joned - selamat hari raya.mp3
Feminin - Kurniaan Dihari Raya.mp3
Firdaus - Miskin Kaya.mp3
Hail Ameer & Uji Rashid - Selamat Hari Raya.mp3
Handyblack - Cahaya Aidilfitri.mp3
Iyo Ko...Esok Rayo - A To Z.mp3
Jalil Hamid - Dendang Hari Raya.mp3
Jalil Hamid - Raya.mp3
Jamal Abdillah - Maafkan Segala Keterlanjuran.mp3
Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri.mp3
Jeffry Din - Musafir Di Aidilfitri.mp3
Kairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru.mp3
Khatijah Ibrahim - Bingkisan Untuk Perwira.mp3
Krisya - Satu Hari Di Hari Raya.mp3
Ku Pohon Kemaafan - Mel & Abot.mp3
Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat.mp3
Kurniaan di Hari Raya - Feminin.mp3
lagu - Takbir Raya Longer version.mp3
Lagu Raya - Takbir Raya.mp3 946.6 KB
Lagu_Raya_-_Slam_-_Suasana_Hari_Raya.mp3
Lambaian Aidil Fitri - Jamal Abdillah & Saleem.mp3
Lambaian Aidil Fitri - Various Artists.mp3
Lebaran Ini - Raihan, Rem, Ajai & Now See Heart.mp3
Lebaran Ini - Raihan.mp3
Liza Hanim - Ku Pohon Doa Di Hari Raya.mp3
M.Nasir - Musafir Di Aidilfitri.mp3
M.Nasir - Satu Hari Di Hari Raya.mp3
Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda.mp3
Mamat Exist - Kupohon Restu Ayahbonda.mp3
Man Bai & Raihan - Harapan Ramadhan.mp3
Man_Bai_&_Raihan_-_Harapan_Ramadhan.mp3
melayu lagu raya - takbir hari raya.mp3
M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya.mp3
M Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya.MP3
Musafir Di AidilFitri.mp3
Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza.mp3
Nikmat Hari Raya.mp3
Noor Kumalasari - Pulang Di Hari Raya.mp3
Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya.mp3
Nurul - Rindu Syahdu di Hari Raya.mp3
P.Ramlee - Dendang Perantau.mp3
P.Ramlee - Hari Raya.mp3
P.Ramlee - Suara Takbir.mp3
Pada Hening Pagi Raya - Liza Hanim.mp3
Pengertian Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir.mp3
Perjalanan - M Nasir & Al Jawaher.mp3
Pertemuan di Hari Raya - Haiza.mp3
p ramlee - 16 lagu hari raya aidilfitri - dendang perantau.mp3
P Ramlee - Dendang Perantau.mp3
P ramlee - suara takbir.mp3
Pulanglah - Aishah.mp3
Rafeah Buang - bila takbir bergema.mp3
Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya.mp3
Rahim Maarof - Kepulangan Abadi.mp3
Raihan & Manbai - Harapan Ramadhan.mp3
Raihan & Now See Heart - Hari Raya Untuk Semua .mp3
Raihan & Now See Heart - Satu Pagi Di Hari Raya .mp3
Raihan,Nowseeheart,Rem & Ajai - Lebaran Ini.mp3
Raihan - Satu Pagi Di Hari Raya.mp3
Rindu di Aidil Fitri - Ajai.mp3
Rindu Mengambang Di Rantau Orang - Spring.mp3
Rosemaria - Di Pagi Aidilfitri.mp3
Salam Aidil Fitri - Jamal Abdillah.mp3
Salam Dunia - M Nasir.mp3
saloma - selamat hari raya.mp3
Sampaikan Salamku Di Hari Raya - Jamal Abdillah.mp3
Sanisah Huri - AidilFitri.mp3
Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang.mp3
Sanisah Huri - Selamat Hari Raya.mp3
satu hari dihari raya-m nasir.mp3
Selamat Datang Sayang - Hattan.mp3
Selamat Hari Lebaran.mp3
Selamat Hari Raya - Al Jawaher.mp3
Selamat Hari Raya - Alleycats & Dayang Ku Intan.mp3
Selamat Hari Raya - Kool.mp3
Senandung Hari Raya Untukmu - Dayang Ku Intan.mp3
Senario - Puasa Raya.mp3
Sesuci_Lebaran - Siti_Nurhaliza.mp3
Setahun Sekali - A Mastura.mp3
Setitis Cahaya Di Aidil Fitri - Aishah.mp3
Sharifah Aini - Hari Yang Mulia.mp3
Sharifah Aini - Nostalgia Aidilfitri.mp3
sharifah aini - Suasana Hari Raya.mp3
sheila majid - Hari Mulia.mp3
Siti Nurhaliza & Noraniza Idris - Nikmat Hari Raya.mp3
Siti Nurhaliza - Aidilfitri Di Alaf Baru.mp3
Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma.mp3
Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran.mp3
Siti Nurhaliza - Suara Takbir.mp3
S Jibeng - Musafir di Aidilfitri.mp3
Suara Takbir - Erra Fazira.mp3
Suatu Hari di Hari Raya - M Nasir.mp3
Sudirman & Zaleha Hamid - Inang Di Aidilfitri.mp3
Sudirman - Balik Kampung.mp3
Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf.mp3
Sudirman - Selamat Hari Raya.mp3
Sweet_September_-_Hari_Raya_Tetap_Tiba.mp3
Syahdu di Hari Lebaran - Den.mp3
Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya.mp3
Uji_Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya.mp3
Various Artis - Salam Aidilfitri.mp3
Various Artists - AidilFirtri - Sanisah Huri.mp3
Various Artists - Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri.mp3
Various Artists - Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang.mp3
Various Artists - Cahaya Aidil Fitri - Black Dog Bone.mp3
Various Artists - Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman.mp3
Various Artists - Dendang Perantau - P Ramlee.mp3
Various Artists - Di Pagi AidilFitri - Rosemaria.mp3
Various Artists - Intro-Takbir Raya.mp3 941.7 KB
Various Artists - Kepulangan yang Dinanti - Aman Shah.mp3
Various Artists - Menjelang Hari Raya - DJ Dave.mp3
Various Artists - Pulang Di Hari Raya - Noor Kumalasari.mp3
Various Artists - Selamat Hari Raya - Ahmad Jais.mp3
Various Artists - Selamat Hari Raya - Fazidah Joned.mp3
Various Artists - Selamat Hari Raya - Saloma.mp3
Various Artists - Seloka Hari Raya - Hail Amir & Uji Rashid.mp3
Various Artists - Suasana Hari Raya - Sharifah Aini.mp3
Various Artists - Suasana Riang Di Hari Raya - Junainah.mp3
Warna-Warni Aidil Fitri.mp3
Zamani - Andai Gerimis Lagi.mp3
ziana zain & awie - Halaman Asmara.mp3

DownloaD

Sunday, September 21, 2008

Iftar ari nih..... by Tg Tualang Gerai Ramadhan

Singgah Kat Gerai Kak Bee....

Tambah Aksesori Skit dari Kat Kedai Belakang Target Kampor....

Minggu Ni Ronda-ronda d Tesco Kampar lah pulak

mmm... nak beli apa ke lagi nak raye nih... suma dah ada... tengok-tengok je la.... window shoping :D

mana tempat jual botol yem....????
ha nih dia...cantik botol yem nih..... bagi anis 1, elysha 1... yg beso ni Dna punya..

Wednesday, September 17, 2008

Menu tajaan- bazar ramadan Kg Gajah mali...


ini la rope juadah berbuka kume ari nih...... selamat berbuka puase....

Show your love to Your Loves one.....


anak si mata- meah( albino ) n milo ( itam )
sleep baby sleep sleep baby sleep....... miaaauuuu...

jira dan anak-anak nya ( Titi- putih, Maymay-tompok nyusu n yuyu kt belakang jira tompok)
susu ibu adalah makanan paling berkhasiat dan sesuai untuk tumbesaran bayi anda.. :)

Tuesday, September 16, 2008

video upin & ipin-lailatul qadar

http://www.youtube.com/watch?v=be5-LyzO6I8

lailatul Qadar- malam yang di tunggu-tunggu umat islam

Laylat al-Qadr (Arabic: لیلة القدر) (also known as Shab-e-Qadr), basically the Night of Decree or Night of Measures, is the anniversary of two very important dates in Islam that occurred in the month of Ramadan. It is the anniversary of the night Muslims believe the first verses of the Qur'an were revealed to Prophet Muhammad.

Shia Muslims believe also that this night is when their fate in the following year is decided and hence pray for God all night long and pray for mercy and salvation. This practice is called Ehyaa (basically meaning "revival").


History


Complete revelation to Muhammad

Laylat al-Qadr is the anniversary of the night Muslims believe the first verses of the Qur'an were revealed to Prophet Muhammad by the angel Gabriel. It is also the anniversary of the night in which the Qur'an is believed by Muslims to have been revealed in its entirety. The Laylat al -Qadr can also be known as the night of excellence. Gabriel is also known as Jibril.

Religious importance Of Muhammad


Qur'an

(Qur'an 97, 1-5) [1]

In the name of God, the Benevolent, the Merciful.
1 Lo! We revealed it on the Night of Predestination.
2 Ah, what will convey unto thee what the Night of Power is!
3 The Night of Power is better than a thousand months.
4 The angels and the Spirit descend therein, by the permission of their Lord, with all decrees.
5 (The night is) Peace until the rising of the dawn.

The verses above regard the Night as better than one thousand months. The whole month of Ramadan is a period of spiritual training wherein believers devote much of their time to fasting, praying, recitating the Qur'an, remembering God, and giving charity. However because of the revealed importance of this night, Muslims strive harder in the last ten days of Ramadan since the Laylat al-Qadr could be one of the odd-numbered days in these last ten (the first, third, fifth, or seventh). Normally, Muslims would perform an i'tikaf in the mosque (i.e they remain in the mosque for the last ten days at a strech) for prayers and recitation.

[edit] Sunnah

Muslims often pray extra prayers on this day, particularly the night prayer. They awake, pray, and hope Allah will give them anything they may desire for on this night. Mostly, they perform tilawat (reading the Qur'an).

Those who can afford to devote their time in the remembrance of God stay in the mosque for the final ten days of Ramadan. This worship is called itikaf (retreat). They observe fast during the day and occupy themselves with the remembrance of God, performing voluntary prayers and studying the Qur'an, day and night, apart from the obligatory prayers which they perform with the congregation. Food and other necessities of life are provided for them during their stay in the mosque, thus they may not leave the precincts of the mosque except for a genuine religious purpose. Devoting time to remember God, Muslims hope to receive divine favors and blessings connected with the blessed night.

Prophet Muhammad was very particular in these regards. It is related that when the last ten days of Ramadan began, he used to keep awake the whole night and was most diligent in worship.[citation needed]

Date

All Muslims believe that the incident occurred during the last third of the month of Ramadan but they differ as to the exact date. Sunnis generally consider it to be either the 21st, 23rd, 25th, 27th, or 29th [2] of the month; while Shi'as consider it to be either the 19th, 21st or 23rd of the month. Shi'as believe the 23rd to be the most important and 19th the least of the three.[citation needed] Conventionally, most Sunnis celebrate it throughout the night of the 27th (i.e. the night between the 26th and 27th). However, due to the uncertainty of the exact date, Muslims are recommended to observe all the nights as a matter of precaution.

Although the literal translation of the word "Qadr" is "measure", the day has been popularly referred to as Night of Power. The proper way to translate "Laylat al-Qadr" has led to some controversy, some Muslims claiming that "Night of Power" is a mistranslation in Abdullah Yusuf Ali translation that got popular.

The term "Night of Power" comes from The Holy Qur'an: Text, Translation and Commentary by Abdullah Yusuf Ali (died 1953) who translated surat Al-Qadr verse one as:

We have indeed revealed this (Message) in the Night of Power:

Marmaduke Pickthall translates it as:

Lo! We revealed it on the Night of Predestination.

And Muhammad Asad writes:

Behold, from on high have We bestowed this [divine writ] on the Night of Destiny.

In the corresponding note he adds, "Laylatil-Qadr" can also be translated as "the Night of Almightiness" or "the Night of Majesty"

See also: surat Iqra

sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Laylat_al-Qadr






sempena sambutan nuzul quran....




Saturday, September 13, 2008

Sehari D Teluk Intan.... shoping sikit

hari ni pg teluk intan... sambil ronda-ronda shoping skit tambah keperluan raye .... sementara orang belum berpusu-pusu ke pekan shoping. nanti 2 minggu lagi mesti sesak pekan tak kira lah pekan mana ..... susah nak parking la, kena beratur berjela-jela kat kaunter bayaran ler..... tapi ari nih pun dah ramai juga orang shoping terutama dah petang sikit.... mula penuh sana sini...


pekan teluk intan tengah hari... panas ler pulak ari nih... selalu hujan jer.....




kat kedai kain... tengok2 kot yg berkenan.....








pas penat ronda-ronda sampai waktu berbuka la pulak..... emmmm
apa lagi kak long, dina ngan anih nk makan kt pizza hut.....



selamat berbuka puasa......

Wednesday, September 10, 2008

Renungan D`Bulan Ramadhan

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Ramadhan yang penuh keberkatan ini disambut di seluruh dunia secara serentak. Walaupun, oleh kerana kedudukan geografi yang berlainan, kita tidak dapat menyambutkan pada satu ketika yang sama.. tetapi semuanya menyambut pada satu tarikh yang sama yakni kemunculan anak bulan Ramadhan di tempat masing-masing.

Sesungguhnya Ramadhan membayangkan kesejagatan dan solidariti Islam. Di setiap detik dalam 24 jam, kita akan mendapati ada saja umat Islam yang sedang berpuasa, yang sedang berbuka, yang sedang bertarawih, membaca al-Quran, bersahur dan pelbagai aktiviti lain merai’kan Ramadhan mubarak ini.

Kita dapati umat Islam tediri dari pelbagai jenis warna kulit, bangsa, kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan. Namun dengan sambutan Ramadhan yang serentak; mereka bersatu dalam kepelbagaian ini.

Kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity) ini adalah ciri penting Islam. Kita berbeza bukan sekadar budaya dan warna kulit tetapi kadangkala sehingga dalam beberapa hal cara beribadah. Namun kita tetap bersatu di atas perkara pokok dan prinsip.

Misalnya tiada umat Islam yang mempertikaikan kewajipan puasa di bulan Ramadhan, tiada yang tidak bersetuju bahawa awal puasa ialah dengan melihat bulan, tiada yang membangkang jika dikatakan yang sakit dan dalam perjalanan dibenarkan berbuka dan tiada yang mengatakan solat malam di bulan Ramadhan itu amat digalakkan. Ini adalah perkara-perkara pokok dan prinsip dan tidak ada pertikaian mengenainya.

Namun di kalangan kita mungkin berbeza dari segi cara menentukan “anak bulan telah kelihatan” atau samada “orang yang dalam perjalanan yang mudah perlu berpuasa atau tidak” dan samada “ solat tarawih itu 20 rakaat atau 8” dan seumpamanya. Perbezaan pendapat yang kecil sedemikian tidak semestinya tidak menunjukkan ketidaksatuan; asalkan semuanya berdasarkan hujjah dan nas yang kuat.

Perbezaan pendapat sedemikian juga tidak semestinya menyebabkan kita berbalah; berkelahi atau rendah-merendahkan. Para sahabat pernah berbeza pendapat dalam bab puasa dalam perjalanan. Lihat sikap mereka

Anas bin Maalik berkata:

“Kami sedang bermusafir bersama dengan Rasulullah (saw) semasa Ramadhan dan di kalangan kami ada yang berpuasa, ada yang tidak berpuasa. Golongan yang berpuasa tidak menyalahkan orang yang tidak berpuasa dan golongan yang tidak berpuasa tidak menyalahkan orang yang berpuasa.

[ hadis riwayat Bukhari and Muslim]

Itulah sikap sahabat-sahabat Nabi (saw) yang harus kita contohi. Tidak ada sebab untuk kita merendah-rendahkan amal perbuatan orang lain atau merasa diri kita lebih besar, lebih hebat, lebih banyak amal, lebih wara’, lebih tinggi darjat taqwa berbanding dengan mereka yang mempunyai kelainan dari sudut perkara-perkara khilafiyah sebegini.

Ingatlah pesanan Allah:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan)

(surah al-Hujurat: 11)

Berhati-hatilah dengan jarum-jarum halus yang bakal merosakkan amal kita. Jangan dilayan perasaan bahawa kita lebih baik dari mereka kerana kita melaksanakan sesuatu amal yang lebih lebih banyak, lebih kerap, lebih sempurna sambil kita memandang rendah orang lain.

Boleh jadi juga dalam keghairahan mencari yang lebih ‘benar’ dan lebih ‘banyak’ kita terpedaya dengan tipu-daya hawa nafsu kita yang memesongkan. Ingatlah, sebaik sahaja kita merasa diri kita lebih taqwa dari orang lain, di ketika itu bukanlah layak lagi kita digelar bertaqwa!

THE FAMILY THAT IS !!!!

this is the MAN.... unih yg cute, irdina yg suka makan ngan alongs yg prasan lawe.....












the mama`s ......









the man n the mama`s....
















the Man With Elysha.... new babys......

Dina And Anis Birthday plus ICHA Lortie












31 Ogos 2008- sambutan hari jadi Dina dengan Anis dengan Icha, 2 cake tu... tapi dina wat spoil pulak tak nak pakai baju birthday dia pakai baju gaun biasa jer... :P

Fadhilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

jadual gaji 2008

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2008
( Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri )

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2008Khamis
Februari25.02.2008IsninTahun Baru Cina 07 & 08.02.2008
Mac25.03.2008Selasa
April24.04.2008Khamis
Mei22.05.2008Khamis25.05.2008 hari Ahad
Jun25.06.2008Rabu
Julai24.07.2008Khamis
Ogos25.08.2008Isnin
September25.09.2008KhamisHari Raya Puasa 01 & 02.10.2008
Oktober20.10.2008IsninDeepavali 27.10.2008
November25.11.2008SelasaHari Raya Haji 08.11.2008
Disember18.12.2008KhamisHari Krismas 25.12.2008